Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang.. Ramai Yang Tidak Tahu & Keliru.. Sah atau tidak solat tersebut??


Pernah tak tengok situasi di mana apabila azan dilaungkan ‘Allahuakbar allahuakbar…’, orang pun mulakan solat. Dia tak tunggu pun azan tu habis dulu. Dia tak jawab pun azan tu. Ada juga situasi di mana kita tengok jam kita dah masuk waktu azan, disebabkan kita nak cepat sebab kejap lagi ada tetamu nak datang, kita pun terus solat tanpa menunggu azan di surau berkumandang. Ketika solat baru lah azan di surau kedengaran. Persoalan di sini ialah … boleh ke kita solat ketika azan sedang berkumandang?
Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang
credit to : islamicinfo.altervista.org

Boleh ke solat ketika azan?

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

1) Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Soalan : Boleh kah kita terus solat fardhu bila azan berkumandang? Tak tunggu habis azan, kita solat dulu

Jawapan :
Hukumnya harus. Takde masalah. Cuma kata sesetengah ulama, kalau tiada hal apa-apa, tunggu habis dulu azan, baru kita mulakan solat. Kalau kita ada hal seperti nak musafir atau sebagainya, takde masalah (boleh solat ketika azan).  Sebab bila kita tunggu azan dulu, kita boleh jawab azan dulu. 'Allahuakbar allahuakbar'..kita pun jawab Allahuakbar allahuakbar. Lepas habis jawab azan, kita berdoa dan mulakan solat. Tapi kalau kita sembahyang ketika orang tengah azan, tiada masalah. Toksah (jangan) duk kata bid’ah dan sebagainya. Hukumnya HARUS.


2) myMetro

Soalan : Apakah hukumnya menunaikan solat ketika azan masih berkumandang?

Jawapan :

Solatnya sah dan harus meneruskan solat, sama ada solat wajib atau solat sunat. Bagaimanapun, adalah lebih baik tidak menunaikan solat ketika azan berkumandang kerana kita digalakkan supaya mendengar dan menjawab azan. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila kamu semua mendengar azan, sebutlah sepertimana yang disebut oleh muaz­zin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Ia juga bertujuan berjaga-jaga atau berhati-hati supaya solat yang dikerjakan dalam waktu sebenarnya. Wallahualam - myMetro

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

3) Sinar harian 

(dipetik dari artikel Sinar Harian Online)
Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf tentang hukum-hukum solat ketika mendirikan solat. 

Kisah bermula ketika penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar. Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan. Tergopoh-gapah penulis mengejar waktu untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak tersebut. 

Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang lengkap bertelekungBarangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang. 
Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa. Tidak sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran. Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan terus solat sebaik sahaja azan kedengaranPenulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku. Tertanya-tanya sendiri. Bukankah solat itu sepatutnya didirikan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan?


Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz bagi bertanyakan perihal tersebut. Dr Mohd Azhar Abdullah namanya. Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan tersebut. 

Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sahBagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat. 

“Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan. Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama. Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan selesai kemudian baharulah solat dikerjakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira sah“Sebagai contoh, kita solat Asar di hujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah. 

Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar dan rukuk dan sempat tama' ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,” jelasnya.

0 Response to "Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang.. Ramai Yang Tidak Tahu & Keliru.. Sah atau tidak solat tersebut??"

Post a Comment